Jumaat, 21 Januari 2011

APAKAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN HASIL TANAMAN YANG OPTIMUM MELALUI SISTEM AKUAPONIK?

Untuk mendapatkan hasil tanaman yang optimum melalui sistem Akuaponik, anda perlu memastikan beberapa perkara penting dijaga dengan baik dan berdisiplin. Anda mesti memastikan kualiti makanan ikan yang diberi adalah baik dan menetapi piawaian khas mengikut jenis ikan yang anda ternak. Penggunaan pasu media atau 'grow bed' yang bertepatan dengan saiz tanaman juga perlu diambil kira kerana saiz dan kehendak tumbesaran tanaman itu sendiri adalah berlainan.

Air didalam tangki/kolam ikan juga perlu ditambah mengikut keperluan kerana air yang digunakan didalam sistem ini akan berkurangan disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman dan juga proses penyejatan oleh udara panas sekeliling kita.

Anda juga perlu memastikan pam air anda berfungsi dengan baik kerana pam air adalah nadi utama sistem ini. Pastikan HP pam anda sesuai dengan saiz tangki/kolam anda dan juga pilih lah pam air jenis 'submersible' kerana pam air ini akan menyedut sisa makanan dan juga sisa perkumuhan ikan dan disalurkan kepada pasu media tanaman anda. Kuantiti ikan/hidupan akuatik juga perlu diambil kira dengan kuantiti tanaman anda. Pastikan tanaman akuaponik anda mendapat cahaya matahari kerana ia adalah proses kritikal dalam pembesaran semua jenis tanaman.

Anda boleh menanam pelbagai jenis tanaman di dalam satu sistem Akuaponik kami kerana rekaannya telah disuai padankan dengan kehendak anda sendiri. 

Selepas anda menuai hasil tanaman anda, basuh span yang terdapat didalam pasu media itu dengan bersih sebelum mula menanam tanaman yang lain. Anda tidak perlu menukar span itu kerana ianya boleh digunakan berkali-kali antara 15-20 kali tuaian.

Anda juga tidak perlu sentiasa membersih dan menukar air tangki/kolam ikan kerana sistem Akuaponik itu sendiri bertindak sebagai 'filter' untuk ikan kerana ia beupaya meneutralkan air bertoksik kepada air yang bersih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam Akuaponik dan Salam 1Malaysia,

Semua komen/cadangan anda amat dihargai. Terima kasih diucapkan.