La'Papa GREEN Design
La'Papa GREEN Design adalah sebuah syarikat hak milik penuh Bumiputera yang berdaftar pada 16hb Disember 2010 dengan SSM No. Pendaftaran : SA0174795-D. Idea asal penubuhan syarikat ini dijana oleh En. Hussaini Amran Abdul Hamid yang benar-benar berminat dengan produk sistem semulajadi ini. Akhirnya setelah merasa yakin, maka wujud lah La'Papa GREEN Design. Selama lebih kurang setahun yang lalu, kami telah mengalami jatuh dan bangun sendiri dalam menjalankan R&D kami sendiri bagi memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang ini.
Di Barat, perniagaan produk sistem ini telah lama bertapak dan mendapat sambutan hangat. Di Malaysia, hanya segelintir sahaja yang mengetahui dan memahami sistem Akuaponik ini kerana ianya tidak dikomersialkan secara serius. Kami dengan itu mengambil peluang ini untuk mengkomersialkan produk ini di Malaysia kerana percaya adanya pasaran untuk sistem Akuaponik ini berkembang.
Kami juga ingin menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor untuk menghasilkan produk makanan segar mereka sendiri kerana secara langsung produk ini akan dapat menjimatkan belanja keperluan dapur mereka kerana dapat menghasilkan produk makanan secara sendiri. Mereka tidak lagi perlu keluar ke pasar membazirkan minyak, dan tenaga serta wang lagi untuk mendapatkan sayuran dan ikan yang segar. Sistem ini akan menyediakan keperluan mereka itu secara berterusan.
Umum sedia maklum bahawa lazimnya setiap tanaman itu mempunyai musimnya yang tersendiri untuk menanam dan menuai jika ianya ditanam ditanah dan memerlukan baja dan juga racun serangga bagi membolehkan tanaman itu membesar dengan sempurna. Tapi dengan penggunaan sistem Akuaponik ini, masalah tersebut tidak lagi menjadi isu besar kerana ianya hanya menggunakan ikan itu sendiri bagi memastikan tanaman mendapat nutrien penting bagi pertumbuhannya. Sistem Akuaponik ini adalah sistem yang PALING SESUAI untuk rakyat Malaysia kini.
APA YANG BOLEH KAMI TAWARKAN?

Perniagaan utama kami adalah merekabentuk, membuat dan memasang sistem Akuaponik bagi kegunaan domestik dan juga komersial. Kami juga menawarkan khidmat konsultasi dan juga menganjurkan kelas, latihan dan juga kursus untuk orang perseorangan dan juga berkumpulan bagi mereka yang berminat untuk mempelajari atau menambahkan lagi pengetahuan di dalam bidang Akuaponik ini.
Selain daripada itu, La'Papa GREEN Design juga menjual dan membekal material dan peralatan khas sistem ini untuk mereka yang ingin membuatnya sendiri di rumah. Kami juga menjual benih tanaman dan juga ikan yang sesuai untuk digunakan dalam sistem Akuaponik ini. Kami mempraktikkan 'after sales services' bagi memastikan pelanggan yang membeli sistem Akuaponik ini menggunapakai sistem ini dengan jayanya.
MISI
La'Papa GREEN Design berhasrat untuk menjadi sebuah 'one stop centre' yang terbesar di Malaysia dalam mengkomersialkan produk sistem Akuaponik ini. Kami yakin dapat menjadikan misi ini satu realiti dengan memastikan objektif kami 'SATU RUMAH SATU AKUAPONIK' tercapai. Insya-Allah
*Untuk maklumat lanjut mengenai produk kami, SILA KLIK DISINI