Khamis, 20 Januari 2011

APA ITU ZEOLITE?

Zeolite adalah hasil alam semulajadi yang terhasil daripada letusan gunung berapi yang dijadikan baja gunung berapi. Baja Zeolite atau lebih dikenali sebagai baja gunung berapi adalah merupakan unsur organik dan mineral semulajadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi silika (aluminasilicate) yang tinggi, dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.


Zeolite atau Baja Gunung Berapi
Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai ajen rawatan tanah, dimana baja Zeolite ini dapat membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0-5.0) kepada tahap pH tanah subur (pH 6.0-7.0). Ianya juga mengandungi unsur asas baja iaitu makro nutrien dan mikro nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun, menggalakkan pertumbuhan akar dan juga untuk penyuburan bunga dan juga buah. Baja Zeolite ini adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada manusia (keracunan metal dalam darah), haiwan dan juga alam sekitar. 

Struktur Honeycomb yang memudahkan penukaran ion, memegang
molekul air dan zat-zat racun yang dengan cekap
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ZEOLITE
  • Mengandungi potassium yang tinggi, berkeupayaan bertindak balas dengan nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah
  • Mempunyai cation exchange capacity (CEC) yang tinggi untuk membantu mengikat ion seperti ammonia untuk diserap oleh tanah
  • Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH berpanjangan
  • Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit
  • Memaniskan hasil buah-buahan serta menambah berat hasil tanaman
  • Meningkatkan pH, KTK, N. Ca, Mg dan K dalam unsur tanah
  • Mengendalikan racun dari unsur aluminium