Jumaat, 29 Julai 2011

La'Papa RESOURCES in Goodtimes Online Magazine

Salam Akuaponik dan Salam 1Malaysia,

Pihak La'Papa RESOURCES merasa berbangga dengan terbitnya artikel mengenai produk Akuaponik mereka di laman majalah di talian terbaru iaitu Good Times Online Magazine.

Klik untuk melihat paparan selanjutnya...

Ahad, 10 April 2011

PERTUKARAN NAMA PERNIAGAAN

Salam Akuaponik dan Salam 1MAlaysia,

Untuk makluman semua pelanggan, bermula pada awal Mac lalu, syarikat kami La'Papa GREEN Design telah pun menukar nama perniagaannya kepada La'Papa RESOURCES. Ianya adalah disebabkan oleh aktiviti perniagaan kami telah dipelbagaikan terutamanya dalam bidang agro-teknologi ini.

Semua maklumat perniagaan yang lain masih kekal sama lagi.

Harap maklum.

Jumaat, 8 April 2011

TANDA-TANDA (SIMPTOM) TANAMAN KEKURANGAN NUTRIEN

Sepertimana manusia, tanaman juga memberikan petunjuk awal akan kekurangan khasiat penting mereka dalam meneruskan pertumbuhan yang sihat. Tahukah anda, kira-kira 75% hingga 90% daripada berat keseluruhan sesuatu tumbuhan adalah AIR. Selebihnya adalah bahan kering yang sebahagian besarnya terdiri daripada karbon, oksigen dan hidrogen. 

Sebahagian kecil dari bahan kering ini (tetapi amat penting) adalah terdiri daripada unsur-unsur nutrien tertentu yang perlu untuk tumbesaran. Daripada 100 unsur kimia yang diketahui, hanya sebilangan kecil sahaja daripada unsur-unsur berkenaan merupakan unsur-unsur yang perlu bagi tumbuh-tumbuhan untuk membesar dengan sempurna.

Sehingga kini, terdapat 16 unsur nutrien yang didapati amat diperlukan oleh kebanyakan tumbuh-tumbuhan iaitu :



1 - Karbon (C)
2 - Oksigen (O)
3 - Hidrogen (H)
4 - Nitrogen (N)
5 - Fosforus (P)
6 - Kalium (K)
7 - Calsium (Ca)
8 - Magnesium (Mg)
9 - Sulfur (S)
10- Ferum (Fe)
11- Manganum (Mn)
12- Zinkum (Zn
13- Kuprum (Cu)
14- Boron (B)
15- Molibdenum (Mo)
16- Klorin (Cl)

Terdapat juga unsur-unsur lain yang terkandung dalam tisu tumbuh-tumbuhan tetapi bukanlah merupakan unsur-unsur yang diperlukan seperti kobaltum, aluminium, silika, natrium dan florin.


Unsur karbon diperolehi dari gas karbondioksida, sementara oksigen dan hidrogen diperolehi dari air. Bekalan ketiga-tiga unsur ini pada amnya tidak terhad dan boleh didapati dengan mudah. Namun begitu, secara keseluruhannya, tumbuh-tumbuhan sering bergantung kepada unsur-unsur ke 4 hingga ke 16 yang terdapat di dalam tanah sebagai sumber bekalan yang utama.

Tanda-tanda umum kekurangan nutrien (yang dapat dilihat) pada tumbuh-tumbuhan adalah seperti berikut:
  • Tanda-tanda yang bermula pada daun tua


Nutrien
Tanda-tanda
Nitrogen
Warna daun menjadi hijau muda dan kemudian kuning (klorosis). Ada kalanya berserta warna kemerah-merahan. Biasanya bermula dengan daun tua. Daun menjadi kecil (terbantut), ia tidak akan mati kecuali mengalami kekurangan yang melampau
Fosforus
Keseluruhan tumbuhan terbantut. Kurang cabang. Daun hijau akan menjadi lebih hijau atau kekal hijau. Sesetengah spesis akan berwarna ungu atau merah oleh kerana pertambahan berlebihan pigmen anthocyanin. Daun pramatang akan gugur. Simptomnya adalah hamper sama dengan kekurangan nitrogen
Kalium
Daun tua menunjukkan bintik-bintik nekrosis atau tepi daun melecur. Daun muda mungkin menunjukkan warna merah atau warna kekuningan antara urat daun.
Magnesium
Klorosis akan menyebabkan warna kekuningan di tepi daun atau antara urat-urat daun pada daun-daun tua . Hujung atau tepi daun ada kalanya melengkung ke atas.
Molibdenum
Tepi daun tua akan menjadi kekuningan, kemudian kecoklatan dan akan menjadi seperti melecur.

  • Tanda-tanda yang bermula pada daun muda
Nutrien
Tanda-tanda
Kalsium
Tepi dan hujung daun bergulung ke atas kemudian mati. Bahagian pertumbuhan (growing point) mati apabila garis putih timbul pada pertumbuhan baru.
Sulfur
Keseluruhan daun menjadi pucat terutamanya pada daun termuda. Saiz daun menjadi kecil dan bergulung ke bawah.
Ferum
Klorosis antara urat daun. Pada kes yang teruk, warna daun muda menjadi luntur diikuti dengan nekrosis.
Klorin
Klorosis diikuti dengan nekrosis pada daun berserta layu. Akar terbantut dan menebal pada hujungnya.
Boron
Pertumbuhan baru menjadi terbantut dan kecil. Bahagian pertumbuhan mati. Daun berbentuk tidak normal.
Zinkum
Daun menjadi kecil dan berkerdut (rosett). Dalam kes yang kurang serius, daun menjadi klorosis.
Kuprum
Daun muda menunjukkan klorosis, bergulung dan akhirnya mati. Bunga tidak terbentuk dengan normal, tidak tersenyawa dan buah tidak terbentuk.


  • Tanda-tanda yang bermula pada daun pertengahan
NUTRIEN
TANDA-TANDA
Manganum
Klorosis antara urat daun pada daun pertengahan. Dalam kes yang teruk, bintik-bintik atau jalur-jalur nekrosis mungkin terbentuk.
  




Khamis, 10 Februari 2011

EXPO/KARNIVAL KALI PERTAMA

Untuk pertama kalinya, La'Papa GREEN Design telah menyertai expo/karnival bagi mempromosi sistem Akuaponik kami. Kami telah menyertai Karnival Selangor Ria 2010 yang telah diadakan pada 18-26/12 pada tahun lepas yang bertempat di parkir kereta Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada A&A Seed 'n' Agro kerana telah sudi menjemput kami untuk bersama-sama menjayakan karnival tersebut.


Selama seminggu karnival ini diadakan, sambutan untuk produk terbaru agro teknologi ini amatlah mengalakkan dan berjaya mendapat perhatian dari orang ramai yang hadir ke karnival tersebut.




Untuk melihat lebih banyak foto-foto menarik, sila klik di sini ------> GALERI

Khamis, 27 Januari 2011

Pening bukan bila harga barangan semua naik? Walau harganya naik setinggi manapun, keperluan  dapur tetap perlu diperolehi bagi menjamin kelangsungan sajian sihat.

Jimatkan wang anda dengan menghasilkan produk makanan anda sendiri. 

Dapatkan hari ini dengan segera SISTEM AKUAPONIK kami mengikut citarasa dan keperluan anda!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan juga konsultasi PERCUMA!!


"SATU RUMAH SATU AKUAPONIK"