Khamis, 27 Januari 2011

Pening bukan bila harga barangan semua naik? Walau harganya naik setinggi manapun, keperluan  dapur tetap perlu diperolehi bagi menjamin kelangsungan sajian sihat.

Jimatkan wang anda dengan menghasilkan produk makanan anda sendiri. 

Dapatkan hari ini dengan segera SISTEM AKUAPONIK kami mengikut citarasa dan keperluan anda!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan juga konsultasi PERCUMA!!


"SATU RUMAH SATU AKUAPONIK"

Isnin, 24 Januari 2011

ADAKAH SISTEM AKUAPONIK DAPAT MEMBANTU ANDA MENGURANGKAN PERBELANJAAN DAPUR?

Dalam keadaan ekonomi global kini, kenaikan harga barang adalah suatu hal yang tidak dapat dielakkan. Dengan harga barangan keperluan dapur yang juga semakin meningkat, sistem Akuaponik ini akan dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dapur anda. 

Tahukah anda, hampir 40% (bagi keluarga kecil, bayangkan kalau keluarga saiz besar) pendapatan anda dihabiskan untuk menampung keperluan dapur sihat. Yang pastinya, sayuran, buahan dan lauk pauk (ikan, ayam, daging, telur) adalah barangan keperluan dapur yang wajib  ada pada setiap hari dalam setiap hidangan sihat. Perhatikan keperluan sajian hidangan sihat anda di bawah :


Perbelanjaan purata untuk seminggu bagi keperluan sajian hidangan sihat sahaja adalah antara RM50 - RM100. Itu belum dicampur dengan kos keperluan asas lain seperti beras, minyak, gula dan lain lain serta kos minyak kenderaan yang anda gunakan untuk ke pasar bagi mendapatkan barangan dapur anda. Jumlah keseluruhan = Anda buatlah kira-kira anda sendiri!

Dengan adanya sistem Akuaponik ini, sudah semestinya anda akan dapat menjimatkan wang perbelanjaan keperluan sajian hidangan sihat anda. Anda cuma perlu keluarkan wang anda hanya SEKALI SAHAJA untuk mendapatkan Sistem Akuaponik La'Papa GREEN Design ini dan anda boleh mula menjimatkan wang anda. 



APAKAH KELEBIHAN SISTEM AKUAPONIK INI BERBANDING SISTEM YANG TELAH SEDIADA KINI?

Sistem Akuaponik ini mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan mana-mana sistem yang sediada sekarang. 

Antara kelebihannya adalah :
  • TIDAK memerlukan baja selain daripada makanan ikan itu sendiri
  • TIDAK memerlukan siraman 
  • TIDAK memerlukan tanah
  • TIDAK memerlukan racun serangga 
  • Aktiviti '2 IN 1' dalam satu masa, iaitu ternak ikan dapat hasil tanaman
  • TIDAK memerlukan perhatian khusus dari anda, hanya perlu memberi makanan secukupnya pada ikan jika anda pergi bercuti atau sebagainya
  • penghasilan tanaman adalah 300% lebih cepat kerana penggunaan air dan sisa ikan sebagai media pertumbuhan berbanding tanaman yang menggunakan tanah
  • dapat menghapuskan aktiviti pembuangan sisa pepejal daripada sistem akuakultur yang ada sekarang
  • dapat membantu menjaga Bumi kita kerana tiada penggunaan baja dan racun kimia
  • menjamin kesihatan kerana tiada langsung penggunaan bahan kimia
Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera set Akuaponik pilihan anda sekarang. Maklumat lanjut SILA KLIK DISINI

    Jumaat, 21 Januari 2011

    ADAKAH LIMPAHAN AIR AKAN BERLAKU APABILA HUJAN LEBAT JIKA SAYA MENGGUNAKAN SISTEM AKUAPONIK 'OUT-DOOR'?

    Antara keistimewaan sistem Akuaponik rekaan La'Papa GREEN Design adalah sistem 'drainage' nya yang tersendiri. Anda tidak perlu bimbang jika anda memilih sistem 'out-door' dan anda boleh meletakkannya dimana-mana sahaja yang anda suka kerana keunikan sistem 'drainage' kami itu. Kedua tangki/kolam ikan dan juga keseluruhan pasu media mempunyai sistem 'drainage' nya yang tersendiri. 

    ADAKAH TANAMAN AKUAPONIK INI MEMERLUKAN CAHAYA MATAHARI?

    Semua tanaman memerlukan cahaya matahari, tanpa mengira jenis atau cara tanaman. Cahaya matahari adalah sumber asas pembesaran tanaman. Begitu juga dengan sistem Akuaponik ini. 

    Cahaya matahari juga dapat diganti dengan penggunaan cahaya lampu tetapi kesan tindak balasnya mungkin tidak akan sama dengan kesan cahaya matahari terus secara semulajadi.

    Oleh itu kami menggalakkan tanaman yang menggunakan sistem Akuaponik ini (jika anda memilih sistem 'in-door), seelok-eloknya diletakkan di tempat yang berhampiran dengan sumber cahaya matahari contohnya seperti di tepi tingkap, pintu, porch, patio atau di balkoni dan juga 'green house' anda.




    APAKAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN HASIL TANAMAN YANG OPTIMUM MELALUI SISTEM AKUAPONIK?

    Untuk mendapatkan hasil tanaman yang optimum melalui sistem Akuaponik, anda perlu memastikan beberapa perkara penting dijaga dengan baik dan berdisiplin. Anda mesti memastikan kualiti makanan ikan yang diberi adalah baik dan menetapi piawaian khas mengikut jenis ikan yang anda ternak. Penggunaan pasu media atau 'grow bed' yang bertepatan dengan saiz tanaman juga perlu diambil kira kerana saiz dan kehendak tumbesaran tanaman itu sendiri adalah berlainan.

    Air didalam tangki/kolam ikan juga perlu ditambah mengikut keperluan kerana air yang digunakan didalam sistem ini akan berkurangan disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman dan juga proses penyejatan oleh udara panas sekeliling kita.

    Anda juga perlu memastikan pam air anda berfungsi dengan baik kerana pam air adalah nadi utama sistem ini. Pastikan HP pam anda sesuai dengan saiz tangki/kolam anda dan juga pilih lah pam air jenis 'submersible' kerana pam air ini akan menyedut sisa makanan dan juga sisa perkumuhan ikan dan disalurkan kepada pasu media tanaman anda. Kuantiti ikan/hidupan akuatik juga perlu diambil kira dengan kuantiti tanaman anda. Pastikan tanaman akuaponik anda mendapat cahaya matahari kerana ia adalah proses kritikal dalam pembesaran semua jenis tanaman.

    Anda boleh menanam pelbagai jenis tanaman di dalam satu sistem Akuaponik kami kerana rekaannya telah disuai padankan dengan kehendak anda sendiri. 

    Selepas anda menuai hasil tanaman anda, basuh span yang terdapat didalam pasu media itu dengan bersih sebelum mula menanam tanaman yang lain. Anda tidak perlu menukar span itu kerana ianya boleh digunakan berkali-kali antara 15-20 kali tuaian.

    Anda juga tidak perlu sentiasa membersih dan menukar air tangki/kolam ikan kerana sistem Akuaponik itu sendiri bertindak sebagai 'filter' untuk ikan kerana ia beupaya meneutralkan air bertoksik kepada air yang bersih.




    BAGAIMANAKAH CARANYA JIKA SAYA BERMINAT UNTUK MENJADI PENGEDAR SISTEM AKUAPONIK INI?

    Jika anda berminat untuk menjadi pengedar sistem Akuaponik kami, kami telah menyediakan sistem La'Papa GREEN Design Affiliates Program untuk mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan.


    Program affiliates yang kami sediakan tidak memerlukan anda membeli produk sistem Akuaponik kami. Anda hanya perlu memasarkannya dengan cara yang anda sendiri pilih mengikut masa anda.


    ANDA JUAL, KAMI BAYAR!

    Sila KLIK DISINI untuk keterangan lanjut.

    APAKAH JENIS IKAN YANG SESUAI DENGAN AKUAPONIK?

    Hidupan akuatik memainkan peranan penting dalam sistem Akuaponik ini. Tanpanya sistem ini akan lumpuh dan tanaman tidak akan menjadi. Hidupan akuatik membekalkan zat nutrisi kepada tanaman akuaponik untuk membesar dan mengeluarkan hasil.

    JENIS HIDUPAN AKUATIK

    IKAN / UDANG
    • Talapia Hitam/Merah
    • Ketutu
    • Haruan
    • Kelah
    • Siakap
    • Koi
    • Lampam
    • Baung
    • Keli
    • Puyu
    • Udang Harimau

    BOLEHKAH NYAMUK MEMBIAK DIDALAM SISTEM AKUAPONIK INI?

    Sistem Akuaponik adalah satu sistem dimana airnya sentiasa mengalir masuk dan keluar yang dijanakan oleh pam air yang terdapat di dalam tangki/kolam ikan. Sepertimana yang anda ketahui, nyamuk hanya akan membiak jika terdapat takungan air. Oleh itu, nyamuk tidak akan dapat membiak didalam kitaran yang mana terdapatnya pengaliran air yang berterusan tanpa henti.

    Selain dari pam air itu, ikan juga akan memakan terus seandainya terdapat jentik-jentik yang hidup di dalam tangki/kolam ikan itu tadi. Jadi anda tidak perlu bimbang akan kehadiran nyamuk di dalam sistem Akuaponik ini.

    APAKAH TANAMAN YANG SESUAI DENGAN SISTEM AKUAPONIK?

    Pastinya perkara pertama yang terlintas di fikiran anda adalah tanaman yang berdaun sahaja yang boleh ditanam memggunakan kaedah ini, bukan?


    Ramai yang bertanyakan jenis-jenis tanaman yang sesuai untuk diaplikasikan bersama sistem Akuaponik ini. Hakikatnya hampir semua tanaman sayuran dan buah-buahan termasuk tanaman herba sesuai ditanam menggunakan kaedah ini. Berikut kami senaraikan jenis tanaman yang sesuai bagi sistem Akuaponik ini :

    Antaranya adalah :


    SAYURAN / HERBA
    • Bayam Hijau/Merah     
    • Kangkung
    • Jintan Hitam
    • Daun Kesum
    • Taugeh
    • Daun Bawang
    • Pudina
    • Rosemary
    • Sawi
    • Kailan
    • Salad (semua jenis)
    • Selasih (Basil Leaf)
    • Kucai
    • Saderi
    • Pegaga
    • Daun Selom
    • Dil
    • Oregano
    • Spearmint
    • Seleri
    • Parsli
    • Sage
    • Aloevera
    BUAHAN / KEKACANG
      • Rockmelon
      • Tembikai
      • Honeydew
      • Rosselle
      • Tomato
      • Lobak  Merah/Putih
      • Timun
      • Labu
      • Timun Jepun (Zucchini)
      • Kacang Panjang/Botol/Buncis/Bendi
      • Terung
      • Petola
      • Peria
      • Cili
      • Cili Benggala (Capsicum)
      • Brokoli
      • Kobis Bunga (Semua jenis)
      • Ubi Kentang
      • Markisa

      APA ITU AKUAPONIK?

      Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan diantara satu sama lain bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi. 

      Dalam kondisi semulajadi, sisa perkumuhan hidupan akuatik yang diternak di dalam tangki/akuarium akan menyebabkan air menjadi bertoksik kepada hidupan akuatik tersebut, tetapi kandungan toksik ini sebaliknya pula akan bertukar menjadi suatu sumbangan nutrisi yang tinggi zat dan khasiatnya bagi tumbuhan yang ditanam secara hidroponik.

      Sistem Akuaponik ini akan menyalurkan air dari tangki hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan dan ianya akan menyerap dan mendapatkan sepenuhnya zat nutrien yang dihasilkan daripada perkumuhan hidupan akuatik tadi. Selepas itu, secara semulajadi tanaman itu akan membekalkan semula air yang bersih dan bebas toksik bagi hidupan akuatik tersebut.

      Hidupan akuatik yang tinggal dalam air tawar amat sesuai untuk diaplikasikan kepada sistem Akuaponik ini kerana kebanyakan tanaman memerlukan air tawar untuk hidup. Hidupan air masin boleh juga digunakan, tetapi tanaman yang akan digunakan juga perlulah sesuai dengan air masin itu tadi.

      Sistem ini akan memastikan kitaran semulajadi ini akan berterusan tanpa henti. Air hanya perlu ditambah apabila hanya untuk menggantikan kekurangan air yang disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman, penyejatan secara semulajadi oleh udara dan juga apabila tangki ikan tadi dibersihkan.

      FUNGSI
      Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :


               1. Bahagian Akuakultur : Digunakan untuk menternak hidupan akuatik
               2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman


      Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem Akuaponik adalah pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai 'jantung' kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.




      SEJARAH 

      Sepertimana sistem lain, sistem Akuaponik ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri, walaupun terdapat beberapa perdebatan mengenai awal kewujudannya.


      Dalam sejarah kuno, dikatakan, kaum etnik Aztec (satu suku kaum Mexico yang mendominasi keseluruhan besar Mesoamerika yang hidup sekitar abad ke-14 hingga 16) yang memulakan penggunaan sistem Akuaponik ini dalam kehidupan seharian mereka.


      Di Asia pula, China Selatan dan Thailand dikatakan telah lama mengamalkan kaedah Akuaponik ini dalam penanaman padi dimana terdapat kombinasi dengan hidupan akuatik seperti ikan keli, belut, puyu dan pelbagai lagi spesis ikan air tawar.


      Di negara Barat pula, para saintis di Institut New Alchemy (Cape Cod, 1969-1991) telah memulakan eskperimen bagaimana untuk menukarkan sisa perkumuhan ikan kepada baja yang boleh digunakan sebagai sumber pembesaran tumbuhan.


      Negara Amerika Syarikat, Kanada, Barbados (Amerika Selatan) dan juga Australia telah mula mempopularkan sistem Akuaponik ini yang terdapat dalam skala besar dan juga skala kecil. Mereka mula mempelbagaikan jenis hidupan akuatik dan juga tanaman yang sesuai diaplikasikan ke dalam sistem ini. 


      Manakala di Malaysia, sistem ini masih boleh dikatakan  baru dikalangan warganya kecuali mereka yang berkecimpung di dalam bidang akuakultur dan teknologi agro. 


      *Maklumat lanjut mengenai Akuaponik ini, sila lihat link berikut------->Aquaponic in Wiki*

      Khamis, 20 Januari 2011

      APA ITU ZEOLITE?

      Zeolite adalah hasil alam semulajadi yang terhasil daripada letusan gunung berapi yang dijadikan baja gunung berapi. Baja Zeolite atau lebih dikenali sebagai baja gunung berapi adalah merupakan unsur organik dan mineral semulajadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi silika (aluminasilicate) yang tinggi, dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.


      Zeolite atau Baja Gunung Berapi
      Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai ajen rawatan tanah, dimana baja Zeolite ini dapat membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0-5.0) kepada tahap pH tanah subur (pH 6.0-7.0). Ianya juga mengandungi unsur asas baja iaitu makro nutrien dan mikro nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun, menggalakkan pertumbuhan akar dan juga untuk penyuburan bunga dan juga buah. Baja Zeolite ini adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada manusia (keracunan metal dalam darah), haiwan dan juga alam sekitar. 

      Struktur Honeycomb yang memudahkan penukaran ion, memegang
      molekul air dan zat-zat racun yang dengan cekap
      KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ZEOLITE
      • Mengandungi potassium yang tinggi, berkeupayaan bertindak balas dengan nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah
      • Mempunyai cation exchange capacity (CEC) yang tinggi untuk membantu mengikat ion seperti ammonia untuk diserap oleh tanah
      • Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH berpanjangan
      • Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit
      • Memaniskan hasil buah-buahan serta menambah berat hasil tanaman
      • Meningkatkan pH, KTK, N. Ca, Mg dan K dalam unsur tanah
      • Mengendalikan racun dari unsur aluminium



      Selasa, 18 Januari 2011

      PRODUK BARU

      La'Papa GREEN Design dengan bangganya memperkenalkan produk terbaru bagi tanaman yang menjalar dan memerlukan sokongan untuk membesar seperti tomato, tumbuhan kekacang, buahan seperti rock-melon dan pelbagai jenis lagi tumbuhan yang menjalar.


      LPGD-SP01
      Sesuai untuk tumbuhan menjalar

      TERIMA KASIH

      Tahniah dan terima kasih kepada A&A Seed Agro dari Seksyen 18, Shah Alam kerana telah memilih sistem kami dalam mempelbagaikan lagi teknologi pertanian mereka.


      RM800 - termasuk kolam, penghantaran dan pemasangan